September 22, 2011

Jatuh bertimpa-timpa =__='''

wah!!!! lamanye  tak hupdate blog ni.

2-3 hari before raya hari tu handphone aku rosak
then, pergi la hantar kedai
tapi habuk pun tarak.
dah 3 minggu simpan hp aku amik balik sama je macam aku hantar.
ni naseb baik dpat balik.
kalau dia bawak lari cmne. =.='''
kecewa gila mse aku amik hp tu.

2-3 hari lepas pula,
laptop aku rosak.
balik2 dari johor hari tu je malam nak bukak laptop tak boleh... :(
padahal mase pergi boleh je buka, aku siap igt lagi
aku shutdown kot...
nak kata aku tinggal mcm tu aje mustahil...
tak pasal2 kena tukar hardisk sebb kata rosak.
melayang duet wa RM180 T___T.
lepas tu format balik tp tak support W7
so, aku kne stay gne XP je. :(
kalau nak kne beli original W7.. mane nak cekau duet beb!!!!

then, hari ni...
kereta antik aku tu pula tak leh start.
hurm, memang la salah aku kan lupa tutup lampu.
tapi bila dah 'jump' still takleh start.
naseb baik ade senior yg baik tlg, siap panggil mechanic lagi.
huhu. thanx SENIOR!!!!

p/s :: hp tak elok lg, kalau repair berapa la kena nt agaknye. dah la jpas tggl nyawa2 ikan je. huhu

p/s/s :: tgk la mcm mne aku ditimpa musibah. aku tahu ALLAH hanya menguji hambanye jika DIA tahu kita mampu hadapinya. :) so, aku dikira tabah laaa. huhu

September 08, 2011

shop. shop. shop!!!!

guess what?!?!?
hari ni keluar lagi
dan jumpa TINA dgn CHE lagi. haha
rse penat, almaklum laa drive sendiri
lepas tu banyak tempat lak tu g.
setiap tempat lak kalau tak jalan2 tak lebih 30 minit memang tak sah la kan...

mula2 mcm biasa la,
amik che kat rumah, then g amik tina kat ofis die kat shah alam.
actually tina mcm tak dapat keje half-day
tapi aku dgn che tipu dia, hehe
cakap ktorg dah kat area shah alam dah untuk amik dia
padahal bru je lepas gerak dr rumah che.
(tina, kalau terbca ni. minta maaf la yeee..lupa nak bgtahu hal sebenar. pfftttttt)

perjalanan hari ini ::

Telok Panglima Garang --> Shah Alam --> Jusco Bukit Raja --> The Store, Klang --> Hospital Klang --> Tesco Klang --> GM Klang --> Jusco Bukit Tinggi --> baru la sampai rumah, lepas anta bebudak tu balik. :) 

banyak tak tempat aku pergi dlm mse sehari ni?!?!
dan matlamat tercapai.
che yg nak shopping senarnye, tapi ktorg teman dan 'TER' shopping sekali pula.
owh, aku singgah hospital klang tu bukannya aku sakit ke ape, aku jumpa kawan aku, Putri
kebetulan sehaluan dan bawa external aku yg ade Running Man tu bg la kat dia.
sebab kempunan sgt nak tgk RM.
internet wifi kt Klang tu kan lembab, nak tgk ape pun kne tggu lama. hahahaha XD

p/s :: sempat gak jumpa syiela dgn kinah td, sykin dgn yana pun. sorry tak dapat join korang nye jamuan raya tu...

p/s/s :: HTF!!!! konvoi raya jgn lupa ajak aku kalau korg dah confirm. aku tal rep cooment sebab malas nak comment. nak baca je smpi ade kata putus. :)


September 06, 2011

raya dengan sahabat 'dunia' jee. pffffttttttt

nak cakap..
skrg rse free sebab kelas mula weekend ni.
so, rse rajin nak update blog.
dan nak cerita sal raya lagi... hehe

last sunday, aku dgn kawan2 sekolah lama pergi beraya.
actually mcm tak plan pun bebetol nak raya mane2
tp rse cm rugi plak.
tahun ni raya jauh sket kot, dan raya ke rumah org yg tak penah samapi.
mula2 raya umah MIRA kat Andalas lepas amik TINA dgn CHE
then ajak mira g raya sekali
penat gak la, dah la bawa kereta manual jalan sampai Pulau Indah sne.
tp berbaloi sebab tak pernah pun g rumah AZREEN.
hee~
masa kat rumah azreen...

lepas raya jauh2 g jalan umah yg dekat2.
raya kali ni tak sempat g rumah semua pun.
tp mne rumah yg tak pernah g last year, this year kami pergi.
so, ok laaaaa.
lgpun ramai je yg dah mle sambung study isnin tu
ade yg dah mule keje pun.
so, susah nak ajak beraya. :)

p/s :: kalau korg wat open house mesti aku akan dtg. hehe. selamat hari raya maaf zahir dan batin!!! :)

September 02, 2011

Salam Merdeka RAYA!!!

nak tahu kenapa aku highlight raya tu?!?!
sebab aku lebih igt raya dr hari merdeka. 
(selagi aku tak menimbulkan ape2 yg boleh membawa kepda keamann negara kira ok la tu, tak mcm sesetgh org ni. ckp main sedap mulut je tanpa guna akal fikiran yg ALLAH kurniakan tu.)
ok, aku tak nak sentuh lebih2 pasal tu. huhu
nak cerita sal raya aku tahun ni.

tahun ni tak macam tahun lepas.
selalu raya pertama kat kampung aku kat sini je, iaitu : Kg. Batu Laut.
kalau tak tahu kat mne g la tanya encik google. hehe
malam raya hari tu aku dgn family bertolak dr rumah ke johor.
selalu kalau balik johor akan tdo kat umah makcik aku kat Ayer Hitam.
dorg family kecik je, bertiga je.
sekali rumah tu penuh daa dgn family aku.
mne tak nye dtg sekali semua = 10 org. hehe
mak aku plak mcm tahu2 je Wak Esah aku tak masak sgt, so mak aku dah siap2 dah bekal mkann tuk ktorg anak beranak mkn kat sne. termasuk la lauk2 'munjungan' org.
bukan ape tak nak la menyusah kn makcik aku tu, dah la dtg sekali sepuluh org. 
mne nak larat sediakan makann tuk perut2 yg kelaparan ni. ;p
dua malam tidur kat sne...

pagi hari raya ke-dua kami siap2 untuk balik beraya pula kat kampung nenek.
sampai2 je, kne siap2 teros untuk pergi beraya plak kat kampung.
jumpa atuk dgn 'mbah' sedara semua.
tahun ni g 3 rumah je. sebab kebanyakan mereka dah xde. :(
tidur semalam kat umah nenek, pagi tu siap2 tuk balik rumah.
fuh~ penat..

kat rumah pula, balik terus kne kemas2 rumah dgn isi kuih muih dalam balang tu.
hadoi...keje paling wajib kne buat la ni tiap2 tahun.
lepas tu plan lepas zohor, pergi melawat 'mbah' Siti kat Taman Equine, Sri Kembangan.
selalu 'mbah' duk kat kampung dekat dgn rumah nenek tu je.
tp sebab 'mbah' sakit, dia duduk dgn anak lelaki dia kat sne.
jauh juga la perjalann. ktorg stay sampai lewat petang.
btw SYIELA, tahun ni tak dapat jumpe amri yahya sebb raya first dekat johor.
mse aku kat johor tu Wak Satim tu dah dtg raya umah nenek aku raya pertama.
(tak leh nak riak dgn ko la tahun ni, sebab tak jumpa wpun aku tak minat amri. hehe)

ok, aku rse dah penat dah sekrg.
nt cerita lagi pasal raya. hehe.
wpun duit raya makin berkurang tiap2 tahun. :((

p/s :: gambar xde la. sebab semua dlm camera kakak dan mak aku. camera fon xde sebab rosak. nt aku letak gambar k!!

p/s/s :: tahu tak 'mbah' tu ap!??! nenek la. hehe. almaklumlaaaa org jawa. wee~