April 16, 2011

suatu masa dahulu

tahun ni masuk tahun ke-4 aku meninggalkan alam persekolahan.
begitu banyak kenangan suka dan duka yg hadir bersama sewaktu aku bersam-sama mereka yg bergelar kawan.
harapan moga persahabatan ni kekal sampai hujung nyawa dimakbulkan.
aku mengaharapkan perkara yang sama juga dr sahabat2.


korang banyak membantu aku dalam melalui kehidupan ni.
terima kaseh sudi jd kayu jati yg utuh untuk aku berpaut dikala aku sedih dan duka
terima kaseh sudi jd bahan gelak ketawa kita bersama
andai bisa aku undur masa ini.
akan aku luangkan lebih banyak masa bersama kalian.
sekarang kte jarang bersua.
aku tahu sebab masing2 sudah ada komitmen dalm kehidupan.
jika kita ditakdirkan berselisih bahu dimana saja.
harapnya kalian dpt tegur insan kerdil ini.


:: PASTI NURUL HIDAYAH ::
begitu sedikit ingatan aku mengenai pasti ini.
sehinggakan aku tak ingat siapa yg dulunye aku duduk sebelah dalam halaqah
baca doa makan bersama.
disini lah aku mula kenal alif ba ta. 
kita menjerit bersam ucap "syukran ya mualimah!!!"
maaf lah sahabat, sebab aku x dapat ingat sorang pun dr kamu semua.
aku teringat setiap kali ayah datang lambat ambil aku balik dr pasti,
aku akn tggu ayah dekat bawah pokok yang ada buaian.
kadang2 mualimah panggil ajak tggu dirumah beliau yg terletak hanya beberapa langkah sahaja dr pasti.
kadang2 tu aku dgn yg lain akan lunch dulu kt rumah mualimah sebab ayah lambat sgt ambik.
2 tahun aku mengaji di pasti nurul hidayah, ucapan jutaan terima kaseh kepada MUALIMAH SAADIYAH.
tanpa beliau mgkin aku x jd mcm sekarang ni. 
(walaupun hakikatnya aku maseh x sempurna untuk jd muslimah sejati).
doakan kejayaan saya mualimah.
insyaALLAH saya akan melawat mualimah suatu hari nanti.


:: SK/SRA TELOK PANGLIMA GARANG ::
aku x igt mcm mana mula2 aku masuk sekolah ni.
ape yg aku tahu, semenjak darjah satu lagi aku dan kakak2 dan abang2 aku pergi sekolah naik basikal.
( hebat x kecil2 dah pandai berdikari. wee ~ )
setiap kali nak pergi sekolah aku akan singgah kedai runcit SELVAM tu untuk beli gula2 or jajan.
kalau basikal kurang angin, singgah kedai basikal pergi pam sendiri.
paling x suka bila kena melintas jalan sambil pimpin basikal. waaaaaaaaaaa
paling x suka sebab beban basikal tu berat, plus aku kecil lagi kot masa ni.
ok. skrg terigt satu scenen ni. masa nak pergi sekolah agama.
punya la xnak pimpin basikal, aku g la jalan kaki dr tempat letak basikal kt depan SELVAM tu.
masa nak melintas excited semcm. tup...tup.... aku da kena langgar dengan motor.
nanges x hengat, melalak mintak ayah aku dtg amik.
da la ayah aku tgh mengajar, adeh ttbe rse macam menyusahkan dia pula.
lepas dapat rawatan semua, cuci luka, aku dihantar semula ke sekolah.
dah la luka tu kena kat dagu aku yang dulunya kena jahit masa  kecil sebab excited lari dapatkan mak aku yg dtg amik dr babysitter.  hurm~ kecil2 da ganas. :P
alhamdulillah, aku masih lagi jumpa kawan2 sekolah rendah aku ni.
cikgu2 yg dulunye gigih mengajar aku sehingga aku ke menara gading maseh aku ingat.
jasa kalian amat la besar dlm mendidik anak2 di bangku sekolah.
harapnya kalian masih dikurniakan kekuatan untuk teros berbakti pada anak bangsa.


:: SMK TELOK PANGLIMA GARANG ::
masa aku masuk form ni, agak mencabar la.
lagi2 bila aku mula pindah rumah baru, segala2 nye mcm hilang.
pergi sekolah pun x tetap sebb ikut ayah aku. kalau dia dtg lambat aku pun terpksa la dtg lambat.
almaklum la. dia cikgu, datang awal pun wat ape kalau kelas dia start lambat kan.
so, konklusinya aku minta ngan mak aku nak tinggal kat asrama je.
sebab malu+malas da dtg lambat g sekolah. 
x pasal2 nanti anak penolong kanan naik nama sebb selalu dtg lambat.
sejak aku masuk asrama ni, hurm. xtahu la pula kan budak2 laki ni mcm anti dgn dak perempuan 
disebabkan perkara2 tertentu la.
sehingga la masa kami form 2, satu peperangan besar terjadi antra kami.
dengan perangai dak laki yg mmg x matang lagi masa ni.
kami dak perempuan jd mangsa. sampai meleleh air mata kitorang dak laki buat.
KEJAM gila dorang mase ni. tp bila kenang balik ni la kenangn kitorng.
aku akui mnde2 mcm ni la yg buatkan ktorg rapat.
kawan aku mcm TINA.NATRAH.DAYAH. maseh aku hubungi smpai sekarang.
aku harap kalian x jauhkan diri dari aku. syang korang.
x lupa juga pada CHE.ASYIKIN sebab sudi jd sahabat saya wpun tempoh perkenalan kita hanya sekejap.
sebab korang semua la aku x rse sedih bile aku break dgn DIA.
just nak cakap, kadang2 tu aku rindu kan dia. tp aku tahu dia bukan untuk aku.
aku harap kehidupan dia sekarang teratur, harap dapat bersua dgn dia walaupun sekali.
untuk penjahat terbaek alam sekolah ni. AMAR.PIAN.AYIL.ABE dan ramai lagi la.
harap korang berjaya dalam kerjaya korang. da kaya nanti jgn lupa belnja aku makan. hehe
aku dengar korang dah makin matang sejak aku pindah sekolah.
dan ini terbukti bila aku jmpe balik dgn korang baru2 ni. dan semakin tggi nampaknye. 


:: SM SAINS SERI PUTERI, KL ::
disinilah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang pelajar asrama penuh.
tough gila. plus susah gila aku nak adapt dgn environment sbp ni.
bole dikatakan aku melalak la gak nak kuar dr sekolah ni.
tapi selepas sebulan barulah aku boleh terima keadaan sekolah tu yg sememang nya STRICT cm kat penjara je.
owh, nak bagitahu. this is an ALL-GIRLS school
so at first cm pelik la sebab x dapat nak tgk muka2 lelaki kan.
aku prefect mse ni. XD
so, mana2 guru lelaki yg mcm hot sket kt sekolah tu, 
automatically akan jd pujaan ramai pelajar termasuk la aku. haha
tp ble aku tgk balik, x la segak mana cikgu laki tu. lalalala~
masa aku form 4 aku duduk kelas hujung nama HELPILIA
masa form 5 da pandai sket, masuk kelas 2nd nama BAKERARA
happening gak duk kat school ni sebb korg bole wat ape saje 
tanpa rse malu yg melampau or tayah susah2 nak cover.
member2 pun sgt la best. paling suka ble wat PARTY dorm. tema sume nak daring je.
nak senarai kan semua sahabat tp apakan daya. 
begitu banyak nama kalian yg sudah terpahat kemas dalm hati ni.
may all our 210-friends-ship never end.
hope all of u girls stay on track and strive with flying colors in whatever u girls are doing.
for all the teachers, don't worry that all ur effort in mendidik kami didnt go waste mcm tu je.
the prove is that we are all studying hard in every part of the world.


last but not least, may all your dreams come true FRIENDS!!!!!!!!!
ME LOVE YOU.


p/s :: buat sahabat medic aku, aku sgt bersyukur dikurniakan sahabat cmm kalian untuk menempuh alam medic ni bersama. aku tahu ini tough. tapi kalau kte bersama insyaALLAH kejayaan tu pasti milik kita. :)

4 comments:

shahdattul mawarni indahwan shahputri said...

haha..da tau tue, ape lagi, g lah bace bukuuu! FINAL NA DEKAT WEYHH!

hapdet blog je keje!! lalala~
(ok. terkene btg idung sendri! wekkk)

umi.farhana said...

ceit.
tahu la final da dekat. ble dok umah ni susah betol nak melekat dgn buku even da pegang da. huhu

erk. ko lagi rajen hupdate kot. :P

shahdattul mawarni indahwan shahputri said...

mane ade rajen!!! tangan aku yg TAIP sendri ok!! hahahahaha~

SyahirBahar@Tuah said...

salam.. awk dayah ke? rsenye pernah dgr nme 2 dr natrah.. =)